Posts

Showing posts from 2013

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Image
Assalamualaikum. Aku bukanlah alim mana. Dan aku jugak tidaklah se arif mana. Jahil, dan masih jahil.  Seingat aku, aku mula pakai tudung masa darjah 4. Dari darjah 1 sampai darjah 3 aku pakai pendaform. Ke Spendaform? Pendaflour? Hahaa!  Alaaa..aku pakai lagi uniform sekolah yang skirt tu. Selamba jer. Dah la betis banyak parut kudis buta. Berkeyakinan sungguh. Ye la. Mana tau syahwat ke apa time tu. Tak paham lagi. Budak lelaki time tu pun bukan reti bab-bab gatal ni. Semua kisah nak main tutup botol, tepuk terup, jentik pemadam jer..... Tak macam budak lelaki zaman sekarang. Darjah 3 dah pandai beromen.......nauzubillah min zalik. Nak salahkan sapa tu? Fikir balik... Naik sekolah menengah seingat aku, aku pakai tudung on-off. Pegi sekolah, pakai. Pegi kedai tak pakai. Masa tu masih juga tak faham hal aurat yang sebenar-benarnya. Pakai tudung pun jenis skaf kecik 4 segi lipat hujung ke hujung jadi 3 segi. Bayangkan, dapat? Dapat? Alaaaa..yang macam Cikgu...

Dr. Love Lagi?

Image
Assalamualaikum. Sama gak. Saja jer nak cerita yang lawak-lawak. Ni bukanlah kesinambungan atau sambungan cerita. Aku pun tak nak ulas apa jadi selepas date langgar moto itu hari..Biarlah ia terus poyo di dalam sanubari ini..Apahal poyo sangat aku ni? Hahaa! Anggaplah kami ini dalam fasa perkenalan, ok. Take it easy.  Kami orang ni memanglah tersangat kontra ok.   Dia tersangat beku, aku tersangat jeli. Dia tersangat kayu, aku tersangat romantik. Hahaaa! Yang elok-elok semua aku eh. Hahaaaa! Kelebihan dia, lain chapter aku ulas. Itu pun kalau aku kuasa. Heeeee. Baik kita cerita pasal aku yang tersangat advantage ni.  (Libas rambut).  Medium komunikasi kitorang ni memang SMS lah. Tak pun whatsapp. Tapi terkini FB Message. Sejak-sejak dia approve aku kat FB ni. Memantau ler tu. Ada satu hari tu, aku buat perangai. Merajuk tak tentu hala. Lama jugak tak bertegur. Tapi tak lebih 3 hari la. Sebab berdosa kan putuskan sillaturrahim. Gitu. Heeeee. Bila dah ...

Permata Yang Hilang Dan Kamasutra.

Image
Assalamualaikum. Hahaaa! Bodo.  Kalau yang lahir tahun 90-an ke atas memang tak akan faham kenapa aku gelak sorang-sorang. Tapi kalau yang veteran macam aku dan golongan klasik mesti teruja dengan tajuk yang aku nak bangkitkan ni. Hahaa! Cerita dia, bermula pada tahun 2000-an. Secara spesifiknya aku tak ingat bila tapi berlaku masa aku dekat lebih kurang semester 5 ke ntah 6 Diploma..time tu aku and the geng jalan-jalan dekat Kompleks PKNS. Biasa la student..PTPTN ada, keja asik nak makan McDonald aja. Tak pun Kyros Kebab.  Lepas makan-makan jalan-jalan la dekat BATA. Depan sikit ada satu kedai buku. Dia bukan kedai buku macam MPH ke apa. Buku tak banyak mana pun. Kalau ada pun jenis yang jarang-jarang kita nak baca macam 'Seksa Kubur', '10 Jenis Azab Neraka' dan yang seangkatan dengannya..tak jumpa nya I Love U Mr. Arrogant macam sekarang ni..Heeeee. Kitorang berenti kat situ saja nak tengok-tengok. Sekali tu Loli (semua nama kawan-kawan aku ni bukan...

Terung Dan Bendi Di Tempurakan.

Image
Assalamualaikum. Weyh. Lama jugak aku tak up cerita memasak aku yer. Apa? Ingat aku ni pemalas sangat ke? Pemalas sikit adalah. Hahaaaa! Sebenarnya, dalam tempoh ini (ececeeeehhhhh) aku masak tau. Itu hari aku masak favourite dish aku buat pertama kalinya iaitu Laksa. Aku siap bagi kat student aku lagi. Komen student aku 'Ok Miss, sedap tapi kurang masin.' Heheeee. Kat student aku berani la bagi rasa..kat budak opis aku, jangan harap...hahahaa!  Paling kerap aku masak akhir-akhir ni ialah Maggi Chef perisa Tomyam tu. Walawehhhhh. Lepas bertahun aku tak makan maggi, sejak balik PULAPOL aku makan balik. Ni semua PULAPOL punya pasal. Kuang ajaqqq. Tapi maggi aku bukan standard normal tau yang style rendam dalam air panas je. Aku masak guna dapur. Aku siap bubuh telur, fishball dan macam-macam lagi. Kira standard premium la.  Nak jadikan cerita, Bos aku kat opis suka berkebun. Kat opis kitorang ada pokok sawi, cili. Semua dia tanam. Kat rumah dia pulak lagi macam-...

Rutin Malam Jumaat

Image
Assalamualaikum. Tajuk memang. Abaikan aja. Yang sebenarnya aku nak imbas sikit kenangan aku masa dekat opis lama tiap kali hari Jumaat. Jumaat ni sebenarnya hari yang best kalau kerja. Selain hari yang Allah janjikan banyak pahala (itu pun jika kau tahu bagaimana nak kutip dan mendapatkannya) hari Jumaat kalau dekat pejabat kerajaan kau paling tak sabar nak tunggu pukul 12.15 tengahari. Hihii. Mari aku kenalkan watak-watak utama dalam hidup aku masa kat Shah Alam dulu. 1) Kak Roha - Pemutus kata di waktu semua buntu nak buat keputusan dan kadangkala pemiutang. Hihi. 2) Dila - Pencadang utama 3) Kak Mid - Pengikut dan kadangkala diperlukan untuk membuat keputusan muktamad 4) Yah - Pencadang sampingan 5) Kak Zura - Penghibur 6) Syika, Od, Cikin dan lain-lain lagi - Pengiring dan pelawak 7) Aku - Pemandu. Itu je jawatan yang aku dambakan. Aku tak suka fikir nak makan kat mana. Hahaa!  Selalunya time sarapan lagi Dila dah ingatkan konsep lunch Jumaat kitora...

Dr. Love

Image
Assalamualaikum! Poyo! Hahaaa! Saja nak share cerita2 lawak. Aku ni kalau ikutkan takde la banyak nau pengalaman putus cinta..ada la setakat 78 kali..hahahaa! Tipu jer. Ada la sikit.. Baru-baru ni, kawan aku introduce aku dengan kawan dia. Untuk mengisi kekosongan hati aku ni katanya..hihii..Ye lah, orang nak kenal kita tak kan kita nak sombong2 pulak kan..nak jadikan cerita, mula2 SMS jeww. Pastu main tipon-tipon pulak..hihi..Basically, mamat ni okayla..dia buat aku rasa selesa sangat bercakap dengan dia..kitorang sembang macam dah lama kenal and i think that was a good sign to know him further..senang cerita mamat ni dengan aku sama jer iaitu POYO! Hahaha! Di pendekkan cerita seperti di bawah.. Sekali tu hari ke-7 kenal dia tu ajak jumpa. Ye la, tengok rupa pun kat whatsapp icon jer. Guna camera 360 pulak tu. Hahahaa!  Ceeehh. Kalau ikutkan, kali terakhir aku dating rasanya 2 tahun lepas kot. Ni pulak nak jumpa stranger. Tapi aku kan pencinta profesional..so,...

Di Sebalik E-mail Address

Image
Assalamualaikum. Kala ini sedang di dalam kelas. Kawan sedang buat presentation di hadapan, aku merapu-meraban di belakang. Maafkan aku, kawan. Tapi body gesture aku jaga. Muka pandang ke hadapan cuma jari jemari saja main peranan. Haa boleh bah kalakauuu. Takde.  Everytime orang mintak email address mesti they all akan complaint yang apa ke benda lah kau bubuh address yang macam mintak penampar jer nak sebutnya. Tapi hari ni, ada orang tanya aku 'apa makna add kau ni?' Mak aihhh terharu terus. Hihiii. Well, begini kisahnya.  Berbelas tahun yang lampau, suatu waktu aku di alam persekolahan dan begitu teruja dengan teknologi e-mail telah mentakdirkan aku untuk membina e-mail persendirian. Apabila sampai ke arahan menetapkan 'username' yang terpahat di dalam minda adalah wajah pujaan hati aku - motor rider - Norifumi Abe. Aku bukanlah ikut sangat cerita pasal dia, tapi lebih kepada cinta pandang pertama. Dari situ, terciptalah  email address aku sebag...

"Footloose"

Image
Assalamualaikum. Amboi..amboi..bukan main marah nampak harga minyak naik? Hahaaa! Aku pun kecewa jugak. Tapi cenggitu la ceritanya. Semua benda naik harga. Cuba bagi tau apa yang turun? Ada ke? Ada ke? Kerajaan dah habis duit buat BRIM, BRooM. Banyak belanja tu. Tapi takpelah, yang dapatnya pun Mak-mak kita jugak, makcik-pakcik kita jugak. Dalam pada harga minyak naik, McD kau orang sesah jugak seminggu sekali, spenda nak La Senza aja..Hahaaa!   Aku secara peribadi, tak rasa kesan sangat sebab walaupun guna kereta, jarak rumah aku dengan pejabat 3 kali menguap dah sampai. Seminggu sekali aku balik kampong, dengan kenaikan 20sen seliter ianya memberi impak pertambahan duit sebanyak RM6 sahaja seminggu. So, aku boleh korbankan kos beli jajan yang aku kudap sepanjang perjalanan tu untuk tampung kos minyak asalkan aku dapat jumpa Mak aku. Rezeki masing-masing. E'eh, terpanjang pulak mukadimah. Dah, dah. tak payah nak iya-iya sangat. Be rasional ok.   Itu h...

Doa Untuk Syria

Image
Assalamualaikum. Doa aku untuk bumi Mesir agar tiada lagi pertumpahan darah.  Bermula dengan hasrat mengembalikan kegemilangan pemerintah Islam di Mesir, terpaksa dibayar dengan darah mereka yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak. Apa lah tahunya. Pencetusnya adalah dari rasa tidak puas hati dan tidak redha dengan pilihan majoriti rakyat dalam memilih pemimpin. Sekarang berbaloikah memanggil-manggil semula 'Morsi! Morsi! Morsi!?' Berbaloikah bila pengkhianat seperti Al-Sisi menangguk keamanan yang dulunya ada dan kini diganti dengan kekerasan dan 'pembunuhan'? Sedarlah sahabat-sahabat dan adik-adik aku semua.. Apa yang berlaku di seberang mata kita tidak mustahil dan boleh berlaku di depan mata kita sendiri atas sebab yang sama.. Tidak puas hati, tidak redha, tamak, pengkhianatan.. Semasa kita sedang jalani hidup yang aman ini, adakah kita kenal dan kita tahu siapa yang akan mengkhianati kita? Berhati-hatilah dengan apa yang kita perjuangka...

IJAB DAN QABUL

Image
Assalamualaikum! Hahaaaa! Over kan..Teruja sungguh nak buat ulasan pasal cerekarama malam tadi.. Hellooo, boyfren I berlakon mestila I semangat nak ulas..Hihiii.. Walaupun dekat newsfeed FB beratur duk update status menangis, syahdu, airmata dan seumpamanya tapi entah mengapa aku tak menangis pun? Sedangkan aku yang berhati jeli ni tengok iklan hari raya pun menangis, tapi mengapa drama malam tadi tak berjaya menumpahkan airmata macho aku ni? Mengapa? Ini adalah antara penyebabnya : 1) Pernahkah kau lihat seorang ayah sebok-sebok pasal cucu? Selalunya Mak-Mak aja. Lepastu, kau bangkitkan soal cucu dan kawin lagi depan menantu dan besan kau? Oh apakah ini? Jadi watak bapak mertua yang kepochi memang spoil... 2) Bila kau disuruh kawin lagi oleh ayah kau jawapan kau ialah 'Tidak, Imran tak nakkk.' Oooo emmm jiiii. Spoil sangat. Hahahaaa! Aku tak tau kenapa aku tak suka dialog ni walaupun aku tahu ramai perempuan akan rasa ni sweet sangat jawapan Imran niii..Seba...

Pertempuran Paling Dahsyat.

Assalamualaikum. Ni rentetan cerita aku dengan T-Baton itu hari. Video ni sebenarnya staf aku yang rakam. Aku pun tak tau dia merakam. Tau-tau jer abis di bluetooth. Hahaaa! Jahanammm.  Aku kan jenis lagi aku buruk lagi aku tak kisah..Kalau aku comel, malu aku nak share dengan orang..Hahaaa! Sekeh kepala sendiri ayat tak boleh blah. Naahh, korang kutukla.  Ni kekalahan. Ni kemenangan mudah.

13 Ogos - Hari Kidal Sedunia

Image
Assalamualaikum! Pagi ni banyak kali alarm handphone aku bunyi. Sekali tu pukul 11 malam sebab aku nak tengok hujan meteor. Sekali aku keluar rumah, tengok langit nampak cerah dan nyaman jer. Elok aku nak berangan, nampak student aku tengah berdating. Haishh! Sekali kena sound, terus balik. Ni Miss Nora okay. Pantang kalau Miss tak dating, u all dating..Hahaaa! Tapi bukan sebab tu, sebabnya ialah boys are not allowed after 7pm in college area. Faham tak faham? Garang ni tau dak. Sekali tu aku terjaga pukul 3 pagi..E'eh. Panik aku. Kenapa ni? Kenapa? Oo..percubaan untuk bangun tahajud. Memang aku set sepanjang Ramadhan itu hari pukul 3 untuk berusaha bangun malam. Seingat aku, dalam 29 kali malam nan berkat di bulan Ramadhan, SATU kali jer aku berjaya bangun. Yang lain, astaghfirullah hal azimmmmmmmmmmm! Tu la dia, betapa kuatnya cabaran bila kita nak buat benda yang elok-elok. Pray for me..Semoga diberi kekuatan di hari-hari yang seterusnya...uhuk.  Sekali lagi bunyi puk...

AKU, KAU DAN PULAPOL ITU

Image
Assalamualaikum! Holaaaaa!! I'm backkkk. Haa. Ada kau orang kesah? Sampai hati. Huhu. Terimalah sajak puitis daripada aku. Hihii. Datangku kau undang Terpaksa, itu bukan aku Aku rela, aku sanggup Aku redah Pagi di sini bermula pukul 4 Mana nak rebut bilik mandi Mana nak curi masa duduk bilik termenung Itu semua pengurusan masa Sebab suka tak suka Pukul 5 pagi kau kena beratur Pagi kau bawa ke tengahari Tengahari kau bawa ke petang Petang bawa ke malam Berlari kau sampai melecet kaki Berjalan kau paras sampai melecet ketiak Berkawad kau sampai kau kurus Tapi tengok jugak kau makan banyak mana Sehari dua berlalu Kau masih suka Masuk seminggu dua Kau mula gila Mana tidaknya Muka yang sama kau tengok Perangai bermacam yang kau hadap Ada tonggang Ada terbalik Tapi orang-orang itulah juga Yang hulur kau maggi dan biskut bila kau lapar malam-malam Yang bagi pinjam dua ringgit Sebab kau kepingin nak minum air vending machine Yang kasi kau pinjam kasut ...

Tribute - Aku Dan Kadet Itu.

Assalamualaikum!   Kali ni aku nak share satu lagi kira macam cerpen la hasil nukilan aku berdasarkan real story. Seingat aku, cerita pendek pertama yang aku karang tajuknya 'Pesan Pada Angin' yang aku tulis masa aku Form 2. Ada la dalam 10 helai kertas kajang bukan depan belakang. Watak utama dalam cerita tu aku letak nama 'Noy' sempena nama kawan aku Yon. Cerita dia, cerita sedih sebab aku buat cerita tu Noy akhirnya mati. Apa la. Hahaha!   Cerita yang ni pulak kisahnya kawan aku yang request aku tulis based on our experience as Cadet Navy Volunteer lebih kurang 14 tahun lepas dekat UiTM. So, i came up with this humble story. Enjoy reading and rate me. :) ********************************************************************************* Isnin, Pagi – Menara UiTM Pagi itu saya dan kawan-kawan ada misi penting. Hari ini hari terakhir untuk ‘daftar KO’. Kami tidak ada pilihan, perlu pergi ke HEP, Menara untuk daftar KO. Dalam bas, kami telah berbincang....

Mak Guard Dan T-Baton

Image
Assalamualaikum!   Tak pernah lagi aku share cerita aku sejak jadi Mak Guard kan? Hihii. Gila kau. Kerja aku ni sibuk, tauhu tak? Mana ada masa nak up entry jer. Ni kira aku rajin baru la boleh share cerita. Terima kasih la kepada yang tak sengaja bukak blog aku nih. Hahahaaa!!   Okay, minggu depan ni aku kena pi kursus Polis. Jadi opis aku sediakanlah macam-macam latihan. Satu daripadanya latihan T-Baton.   Untuk yang tak familiar apa dia T-Baton mari akak bawa anda mengembara bersama akak yer. (Maklumat akak dapat hasil google yaw. Kalau salah tolong perbetulkan akak yang gemuk lagi naif ini..)   T-Baton ni atau nama sebenar dia Tonfa Baton adalah sejenis alat mempertahankan diri Jepun yang boleh dipendekkan dan dipanjangkan. Lebih praktikal daripada cota. Banyak dah agensi yang gunakan T-Baton ni macam RELA, JPAM termasuklah PDRM. Mula digunakan dalam PDRM sejak tahun 2008 kalau tak silaplah. T-Baton ni sesuai digunakan untuk menangkis ancaman sen...

Cerita Bersiri Yang Best (Dulu-dulu)

Image
Assalamualaikum.   Dulu-dulu, masa zaman aku jadi Ratu TV ada cerita bersiri yang aku suka tengok. Genre aku bukan yang macam Awan Dania, Halimah Jongang ke apa. Aku ni serius orangnya. 1) La Femme Nikita. Ni cerita penyiasatan. Nikita ni kira protege penyiasat dia punya mentor nama Michael. Nikita ni asalnya jahat, drug addict dan terbunuh orang. Jadi ada agensi ni ambik dan latih dia untuk selesaikan kes-kes jenayah untuk tebus salah dia. Lebih kurang macam tu lah cerita dia. Gigih aku tengok setiap episod sebab aku tunggukan si Michael tu jer. Huahua. Michael. Comey dak Kak Toonn.     2) The X-Files   Ni aku rasa orang ramai tau. Aku suka jer cerita macam ni sebab aku percaya jer makhluk asing. Tagline dia pun 'I Want To Believe' gitu haa. Seperti biasa, dah tentu sebab Ejen Fox Mulder tu yang buat aku bertahan menontonnya. Huahua.     3) White Collar   Ni cerita ni baru lagi. Taste aku terhadap ejen-ejen pe...

Aku Akan Merindui Kamu - Kakak Ku.

Image
Assalamualaikum. Aku akan merindui kamu, Kakak ku, Kerana hati ini ada ruang tersendiri untuk kamu. Tak mungkin aku tidak menangis untuk kamu, Kakak ku, Kerana kita pernah menangis bersama. Tak mungkin aku lupa kamu dalam doaku, Kakak ku, Kerana aku mahu kamu bahagia di sana. Jangan takut Kakak ku, Anak-anak kamu yang kecil ini akan jadi dewasa, Akan kami ajarkan mengenal Allah, Akan kami ajarkan merindui kamu, Akan kami ajarkan mengingati kamu, Akan kami ajarkan memeluk kamu dalam pelukan hati mereka. Kakak ku, Maafkan aku kerana tidak menjadi adik yang paling sempurna. Kita akan bertemu nanti Kakak ku, Kita akan bertemu nanti di sana, Di satu daerah yang abadi, Aku bawa rasa rindu. ~ Al-Fatihah buat Kakak ku 24 Julai 1979 - 24 Mac 2013