Posts

Showing posts from 2016

Helloooo. Mulut Tu Jaga Sikit.

Assalamualaikum! Hahahahaaaa! Ambik kau mula menulis balik je dah start marah orang. Hihiii. Ni bukan nak marah , ni nak tegur. Lama tak menulis adalah sebab : 1) Dah terminate Streamyx kat rumah. Gila lempab connection. Membazir je bayar tiap bulan. 2) Bizi layan handphone sebab sekarang dah upgrade diri jadi businesswoman anak satu. Hahaa! 3) Dah jaranggggg-jaranggggg sangat blog walking sekarang sebab sebab sebab sebabbbb ntah la. Ok. Ni nak cakap pasal mulut ni. Nak bagitau sikit kepada pemilik mulut ni yer. Aku peratikannnn je mulut dia. Memang...memang dia tak mengata aku. Tapi aku yang terbabit baca statement-statement vongoks dia ni menyirap la jugak. 1) Lagi berapa hari jer nak tahun 2017. Pastu lagi 3 tahun kita akan berada di tahun 2020. Kau masih dengan attitude membahan orang? Bila otak nak maju? 2)  Lagi berapa hari jer nak tahun 2017. Pastu lagi 3 tahun kita akan berada di tahun 2020. Kau masih dengan attitude mengutuk orang gemuk d...

Parenting Tips. Eh Layak Ke.

Assalamualaikum! Holaaaaaaaaaahop! Amboiiiiiiiii kemain lagi yerrr..ni bukan takat bersawang blog aku nih..ni sikit lagi nak terbenam dalam tanah dah..hahahaa! Bukan tak sudi nak tulis sebab blog dah sendu cuma aku je yang sendu hihiii. Ada lagi ke orang yang baca blog sendu aku ni? Kalau yang setia tu mungkin stalker aku lah tu..aiii tak boring-boring lagi kewww :P Hidup macam biasa ja, cuma makin sibuklah sikit sebab ada makhluk comel yang nak digodek setiap hari. Terkini, dah pandai merangkak dah dia. Dah pandai marah aku jugak. Bukan main bengis, kata orang Melaka. Sejak jadi Mak-Mak ni pembacaan dan pembelian online pun lebih menjurus kepada keibubapaan. Banyak jugaklah benda nak comment tapi selalunya ambik pendekatan comment dalam hati jer. Contoh paling nak comment bila Hanis Zalikha share gambar anak. Sampaikan wet tissue dia pun orang akan komen 'beli kat mana'. Bila Hairul Azreen buat 'baby stand' kat anak umur 4 bulan maka berduyun-d...

Me, Ammar Raees and Cloth Diaper.

Image
Assalamualaikum! Holaaaaaaa! Bertemu lagiiiiii! Hihii. Okay, aku mula tau pasal cloth diaper (CD) ni masa dalam pantang. Apa taknya. Keja aku melayari instagram jer 24jam. Bak kata kakak aku 'main hanfon, tau-tau barang sampai.' Hahaaaa! So, terjumpa lah aku insta seller CD pastu aku pun buatlah research sikit dan rajin-rajin baca pasal CD. Memang kurang lagi pendedahan pasal CD (I mean yang versi moden) ni kat negara kita. Tapi kat negara luar, benda ni biasa. Lebih-lebih lagi kalau yang environment-friendly. Actually, cloth diaper ni atau bahasa kita 'lampin kain' ni bukan benda baru. Dulu, mak-mak kita pakaikan kita lampin kain kan? Lipat, pin, pastu bubuh sarung getah kat luar kan? Kan? Haaa itu lah bendanya. Cuma CD ni versi modenlah. Lampin kain versi 'pampers'.  Cumanya, CD ni reusable tak macam diapers yang biasa ni, kita pakai buang.  In fact, CD lagi canggih tau. ;p Cumanya, masa aku start nak guna aku memang bincang ...

Botol Susu Yang Sesuai Untuk Newborn Baby

Image
Assalamualaikum! Haaa ambikkk. Start dah entry semua ala Mak-Mak gitu. Hahahaaa!  Alaaa takpe lah kan, mana yang boleh share kita share la yer. Heeeee. Topik ni penting tau bagi first time mummy especially yang nak start bekerja lepas cuti bersalin. Mesti clueless kan botol apa yang sesuai untuk baby. So ni aku review sikit la yer. Kot-kot membantu. 1) Mimijumi Ni botol pertama aku beli. Faktor utama dia ialah sebab puting dia. Sebab design dia memang immitate 'tek' kita. Baby aku boleh minum susu pakai botol ni tinggal lagi dia macam struggle sikit sebab puting dia keras. Pada aku, keras. 2) Medela Calma Sebab aku pakai breast pump Medela so memang dia ada bagi la puting dia sebijik. Lepas kesian sangat tengok baby aku struggle bebeno, aku pun introduce botol ni kat dia. Puting dia tu banyak part sikit, tapi lebih lembut lah berbanding Mimijumi. But still aku tak puas hati sebab flow menyusu baby aku still tak smooth macam aku direct feed dia. ...

Ammar Raees

Assalamualaikum! ::Throwback:: (Amaran : Cerita ni panjang.) Pagi 23 Mei 2016, suami bawak aku pegi checkup dekat klinik. Hari yang sepatutnya anak aku lahir, tak ada apa tanda pun dia nak lahir. Ahaii. Malam tu aku sembang-sembang dengan Tonjer konon kalau aku kejut dia sebab nak bersalin jangan liat pulak. Risau aku terberanak atas katil. Hihiii. Contraction yang diharap-harapkan tak kunjung tiba. Ceewaahhh! Time ni tak kenal lagi apa itu erti contraction. ;P Dekat klinik, doktor buat referral letter kepada hospital. Memang aku tak rasa apa-apa. Tapi doktor kata, aku mungkin akan kena paksa bersalin sebab baby aku besar dan bacaan air ketuban makin turun. Awww aww dalam hati berdebar gila. Balik rumah Mak, aku dengan suami kata, kita relax-relax jer. Takut Mak risau. Aku pun kemas-kemas beg untuk duduk wad. Masa nak bertolak ke hospital, salam peluk Mak. Mak nangis, aku pun nangis. Feeling dia so special. Macam kau akan pergi perang. Mungkin itu pelukan dan ciuman terakh...

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Assalamualaikum! Alhamdulillah, petang ni anak bagi kerjasama =_= Aku berpantang hari tu kat rumah Mak. Silap aku juga pandang enteng bab berpantang dan terlalu harapkan Mak maka hari pertama balik rumah, aku tertido pakai baju lengan pendek. Ambik ubattttttt. Lengan rasa nak tercabut, tangan tak boleh angkat dua-dua. Hahaaaa! Dalam tempoh berpantang la aku rasa aku banyak merengek. Kesian Tonjer aku. Heeee. So, selepas melalui fasa berpantang yang boleh lah dikatakan berjaya juga aku nak share beberapa tips dan pendapat : 1) Sila sentiasa pakai baju lengan panjang/sweater/cardigan semasa tempoh berpantang sepanjang masa. Yes, baik siang atau malam. Baik di malam yang dingin atau di panas renta.  2) Pemakanan. Ini bab sensitif. Macam-macam pendapat. Ikut pengalaman aku, 14 hari pertama (beranggapan luka masih belum sembuh) sila lah berpantang betul-betul. Bukan bermakna kau kena makan ikan bilis sangai tiap hari. Ingat, kita menyusukan anak. Sila makan makanan ...

I'm Backkkkkkkk!

Assalamualaikum! Hola-holaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Ambik kau. Hahahaa! Ya Allah lamanya tak update kan. Ni pun kira quick update gitu. My baby sekarang aku syak tengah alami 'growth spurt'. Asikla nak menempel dan banyak meragam. tido pun sekejap-sekejap. Huhuu =_+. Sehari dua ni nampak dia dah mula mengiring. Nak meniarapa agaknya anak aku ni. Tahniah, Nak. Ok, sorry. Anak dah bangun. Later ok, malam-malam sikit. 

Selamat Datang, Anakku.

Assalamualaikum. Hola holaaaa! Vavavaaa! Hihiii. Waktu aku tulis ni, siaran langsung dari atas katil rumah Mak, melunjur kekenyangan lepas makan tengahari (waktu orang lain menjalani ibadah puasa ke-15) and I am officially on my 25th confinement day! Yeyayy!! Another 19 days to go korangggg! Uhuk-uhuk. Alhamdulillah, anak lelaki aku dan suami selamat dilahirkan pada 26/5/2016. Terima kasih Allah. Saat yang tidak akan dapat dilupakan. Syukur segala yang dihajati diperkenankan Allah termasuklah hendak suami ada masa melahirkan. Thank you, Love. I lap you very strongest hahaha! Tapi bak kata Tonjer aku, masa mengandung drama swasta all the time, ni dah ada baby maka bermulalah drama bersiri..Hahaaa! Semoga Ebyy menjadi suami dan ayah yang lebih penyabar dan penyayang. Aamiin. Banyak benda nak share. Excited.  Apapun, buat masa ni apa yang penting dalam tempoh berpantang ni ialah : 1) Stokin 2) Nursing Pillow 3) YLEO Gentle Baby. So helpful! Later, ok. Ta...

Menghitung Hari - Apa Yang Akan Kita Rindu

Assalamualaikum! Hola-holaa!! Hihiii. Kala ini aku tak ubah seperti dugong terdampar di persisiran pantai. Berat segala-galanya. Makan pun sambil baring. Hahaa! Tu aku je yang melebih-lebih. Ni dah nak masuk 39 weeks dan aku dah pun bercuti. Nyamannyaaaaaaa! :) Saja ambik cuti awal, tenangkan fikiran.  Dah hujung-hujung ni kadang-kadang rasa sayu. Tak terucap rasa syukur atas semua yang Allah bagi ni. Terima kasih Allah. Semoga semuanya baik-baik saja. Yang pasti sambil-sambil gosok perut, banyak benda yang akan aku rindu sepanjang melalui 9 bulan yang indah dan tiba-tiba rasa sekejap je 9 bulan tu. Padahal. Hahaa! 1) Aku akan rindu uniform maternity aku dan mula takut uniform lama aku. Muat keeeee? Hahaa! 2) Aku akan rindu 'baby kicking'. Baby aku jenis bermain di malam hari, so memang enjoy my night journey. =_= 3) Aku akan rindu ubat KK yang busuk tu. Yayak pun bau ubat tu. Hahaaaa! 4) Aku akan rindu nurse dan doktor KK Alor Gajah. They were so nic...

Persiapan Sebelum Bersalin

Assalamualaikum. Masa aku tulis ni, baby dah 35weeks. Adoiii debonyaaaa. Kalau sapa yang tengok aku sekarang, memang diorang tau lah aku ni tak ubah seperti penguin dah..hahaaa! Perut memang besar walaupun first pregnancy. Doktor pun kata perut aku besar. Baby ni pun dijangka ebob kalau ikut ukuran tiap kali scan. Takpe lah nak..asalkan awak sihat.. So, alhamdulillah minggu lepas selamat dah aku sediakan barang-barang keperluan bersalin, barang baby, barang berpantang, barang breastfeed dan sebagainya. Semua ni buat sikit-sikit. Start membeli masa baby masuk 7 bulan. Masa awal-awal dulu, nak beli baju baby pun tak berahi sebab tak pasti jantina. Hihii. So, advise aku, buatlah persediaan all-out masa masuk 3rd trimester.  Dalam membuat persediaan ni, apa yang penting ialah checklist, checklist, checklist! Macam aku yang skema ni, aku bahagikan keperluan ni kepada beberapa seksyen. Ambooii. Ayat tak kalah. Hahaa! So, ni contoh ye.  1) Keperluan Baby Di L...

Rezeki Pinjaman Allah - Scan 4D

Assalamualaikum. Holaaaa!! Semasa aku tulis ni 3/3/2016, alhamdulillah baby dah nak masuk 28weeks ++ . Syukur Ya Allah. Terima kasih atas kesihatan diri ini dan anak. So, masa baby genap 28weeks hari tu, aku dan suami pegi buat 4d scanning. Sebenarnya tak compulsory pun 4d scan ni, tapi sekali dalam tempoh kehamilan, eloklah kita buat detail scanning untuk pre-caution ke apa. Masa ni, kita akan nampak abnormality (nauzubillah min zalik) atau kita perlukan apa-apa plan khas untuk delivery. Contoh, uri kat bawah dah kena plan untuk czer dan lain-lain kemungkinan lagi. Aku buat 4d scan ni kat UMRA Medical Centre, Seksyen 13, Shah Alam. Akhirnya, lepas mempertimbangkan pelbagai perkara aku decide nak bersalin kat sini. Tau je lah, plan nak bersalin pun macam-macam cadangan yang timbul. Kejap kat Melaka lah, kat Muar lah. Insyaallah, anak Selangor lah ni. Hihiii. Semoga Allah permudahkan. Balik dari kampung hari tu, dalam pukul 2 petang sampai UMRA. Lepas register semua, menu...

Rezeki Pinjaman Allah - First To Second Trimester

Assalamualaikum. Hola-holaa! Apa khabar semua? So, ini adalah faktor juga kenapa keghairahan menulis di blog semakin merosot. Bukan nak kata bila mengandung kita jadi less productive, tapi memang itu lah hakikatnya hahahaaa! Sebab Allah nak bagi rehat....... Just nak share pengalaman aku masa first to second trimester. Alhamdulillah, aku takde morning sickness. Takdelah muntah-muntah teruk, kurang pening-pening. Rezeki masing-masing kan. Tapi Tonjer aku pulak yang kalau nampak toilet bowl je kemain muntahnya. Alololoooo so cute Ebyy. Mungkin Allah tahu aku ni lemah jadi pindahkan tu semua kat suami. Wallahualam. Macamtu lah aku sepanjang 2 bulan hingga 6 bulan mengandung. Melainkan aku berperang dengan simptom kuat tido, kemalasan (hahahaa) dan susah nak tido. Mencabar jugak tu. Simptom ni masih berlarutan sampai sekarang =_= Mujur boss dan officemate memahami hihii. Kalau ikutkan, aku masih lagi cergas dan sihat. Terima kasih Allah. Masih boleh drive, boleh lagi berjala...

Rezeki Pinjaman Allah :)

Assalamualaikum! Muka ada senyum. Hihiii. Ni sebenarnya entry yang terperuk dalam draft sebab tak dapat kelulusan untuk publish. So, kalau u olls dah baca entry ni maknanya kelulusan dah dapat le tewww. Semasa aku tulis ni, I am officially 24 weeks pregnant bersamaan dengan 6 bulan. Alhamdulillah...rezeki yang tak ternilai daripada Allah SWT.. Masih ingat lagi detik-detik (gituu) awal berita mengandung ni. Memang sejak kahwin berharap, berusaha dan berdoa agar Allah pinjamkan zuriat untuk aku dan suami, beri peluang kepada kami untuk menyayangi, membesarkan dan mendidik anak-anak sendiri.. Tapi perancangan Allah SWT itu lebih baik lagi, genap setahun hidup bersama berdua, Allah beri pula berita gembira ni. Allahuakbar.. Aku memang dah berniat, cukup je setahun kahwin aku nak all-out usaha to concieve. Bukan nak melawan takdir atau perancangan Allah, cuma mengambilkira faktor umur aku yang terlebih sudahhh berbanding umur Tonjer aku plus family history yang macam-...

Teaser - Family Trip To Langkawi!

Assalamualaikum! Hola-holaaaa! Lama kan tak update..hihii. Biasalah, sibuk urusan duniawi.. :p Baru-baru ni pegi Langkawi dengan Mak, Tonjer and Kakaks. Besttttt sangat. Hahaaa! Ni kira honeymoon la jugak sebab tak sempat pun bercuti macam ni sejak kahwin. Pulak tu, banyak benda yang Kakak belanja termasuklah tiket flight. Seronoknyaaaaaa! Semoga murah rezeki yer, Alang..Muahhh! Nanti aku cerita yer, ni kan teaser je. Poyo kan. Tataa!

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Assalamualaikum. Salam malam Jumaat. Heeee.  Sejak dulu walaupun sebelum kahwin lagi, diri ni selalu jadi tempat rujuk pihak-pihak yang tertentu (yang mana selesa lah kan). Kadang-kadang untuk dapatkan second opinion pasal kerja, pasal masalah peribadi dan kadang-kadang masalah rumahtangga. Bukanlah bermakna diri ni macam bagus atau apa, tapi mungkin kebetulan masalah tu pernah dilalui atau pandangan kita tu menyenangkan hati pihak yang memerlukan. Wallahualam. Sejak berumahtangga ni, macam-macamlah perkongsian masalah yang diterima. Bila macamtu, bukan je kita terkesan dengan masalah orang lain, malah menjadikan kita lebih berusaha memperbaiki diri sendiri juga termasuk rumahtangga. Maklumlah rumahtangga ni terbina atas kasih sayang (insyaallah) dua pihak yang berbeza segala-galanya. Dalam hati manusia, siapalah yang tahu kan. Sebab tu, kita kena berserah diri kepada Allah. Sebab Allah berkuasa ke atas segalanya yang ada dimuka bumi ini termasuklah ke atas hat...

Salam Jumaat

Assalamualaikum! Hola-holaaa! Heeeee. Alhamdulillah. Hari ni muka ada senyum. Petang ni insyaallah balik kampung! Yeehaaaa!! Hari tu kan baru balik tapi hari ni Ebob ikut sekali. Bukan apa, dia tu selalu belot. +-+ Lagi pun Mak Mertua dia dah rindu sangat kat dia ni. Termasuklah pakcik bai sebelah rumah tu, pandai pulak bertanya mana suami, tak balik ka? Hahaaa! Ebob aku ni kadang-kadang tu pasal makan pun belot. Bila tanya nak makan apa malam ni sebab nak prepare awal la kan masak. Dia kata tak nak makan. Ceewaahh. Kemain terbongkang lagi kita kat rumah. Sekali tu bila dia balik, dia nak makan nasik, ikan goreng dengan sambal belacan. Huwaaaaaa. Luluh hati ni kan sebab ikan masih membatu lagi dalam peti ais kannnnnnn. Kita bukan apa, tak nak lah dia tertunggu-tunggu lama, tapi dia relax je pun. Bini yang menggelupo. Hahaa! Tapi tu lah manisnya rumahtangga ni. Belot-belot pun, tetap sayang. Muahh!  Tak tahu lah macam mana traffic dari Melaka ke Selangor hari ...

Bersanding.

Image
Assalamualaikum. Holaaaa! Buat apa tu hari Ahad? Heeee. Ni tengah masak ni. Apa tak nya, terlebih tido hari ni. Heeeeee. Bangun pagi ni (sebelum pukul 12 tengahari kira pagi la kan. Ahaks!) tiba-tiba terus terfikir isu bersanding. Ntah apa angin yang datang, nak bersanding lagi agaknya. Hahaa! Sebelum ni ada bincang dengan sorang kawan pasal isu pihak lelaki yang tak ikut timing bersanding pihak perempuan atas alasan nak solat dulu. Last-last, masa bersanding orang dah takde sebab dah lewat. Hmmm. Ni pendapat aku la.. Baguslah kalau ada pihak yang utamakan masa solat. Memang itu pun yang utama sebab bersanding tu bukanlah WAJIB. Silap-silap haribulan, acara bersanding mendatangkan dosa je. Macam aku, masa plan nak kawin memang nak buat yang wajib-wajib aja. Tapi sebab nak meraikan hajat keluarga terutama Mak, aku ikutkan asalkan tak bertentangan dengan hukum syarak dan tak membazir.. Ada la juga pelamin, ada juga baju pengantin, ada jugak tepung tawar..simp...

Mix Feelings.

Image
Assalamualaikum! Lahaiiii. Semakin sendu dah blog ni kannn. Itu hari lama tak post entry, ada beberapa follower yang unfollow. Eceewahhh. Hihii. Takpe lah tu. Lumrah. Kalau dah sepi jer orang pun naik boring juga kan. Hari ni, terperasan ada sorang follower baru. Terima kasih, U. Terus bersemangat nak tulis entry baru. Sebenarnya aku ni kalau nak post entry macam skema-skema sikit. Kalau ikutkan banyak daily life story yang nak kongsi tapi seakan tak mampu gituu. Heeee. Hari tu, bawak student pegi half-day trip ke Rumah Seri Kenangan, Cheng. Sebenarnya aku selalu lalu depan rumah ni tapi tak tahu pun yang ni rumah orang-orang tua. So, itulah pertama kali aku dapat masuk rumah orang-orang tua. Selalu tengok dalam drama tivi jer.... =_=' Tak tahu lah nak cakap macam mana. Cerita sedih dalam drama tu sebenarnya kadang-kadang bukan sekadar drama. Sebab anak-anak zaman sekarang memang ada yang sampai hati hantar Mak Ayah diorang dekat sini.  Ikut maklumat, ada juga ...