Posts

Showing posts from 2010

Tahun Baru. Perangai Lama.

Image
Assalamualaikum. Tak usah meletakkan azam yang terlalu tinggi setiap kali tahun baru. Azam bukan tiap hujung tahun, patut ada keinginan nak buat sesuatu yang lebih baik setiap hari. Ok lah, kalau nak ada azam tiap hujung tahun pun boleh juga. Dengan syarat kena betul2 buat dan amalkan. Azam aku tahun lepas nak datang opis ontime atau awal sikit. Aku anggap azam tahun 2010 tu berjaya. Aku bagi 90/100 markah. Sebab ada juga aku terlewat datang seminit dua. Tahun ni azam kecik aku, rahsia. Merbahaya nak dedahkan. Takut terkena sabotaj. Haha. Azam besar aku dah illustratekan. Wish me luck. Fasa 1 Fasa 2 Fasa Akhir ps - Tahun 2010 : tahun meninggalkan dan ditinggalkan. Hmmphh. 

Pekerjaan Yang Mencederakan.

Image
Assalamualaikum. Malam ni secara tak sengaja aku tertengok tivi cerita Cina (walaupun cerita Hongkong nak refer as Cina jugak, tak dulik) Flashpoint tajuk dia. Pesen suka tengok cerita Cina ni dah lama sangat aku tinggalkan. Time kemuncak suka layan cerita Cina ni masa aku Form 1 sampai Form 5 dulu dulu. Balik sekolah tido, tepat pukul 5 bangun, on tivi cerita Cina. Dulu2 tivi satu rumah ada satu jer. Mana ada macam mak apak zaman sekarang, satu tivi dalam bilik, satu tivi kat family hall satu tivi kat atas. Tak payah berebut chanel katanya. Bila aku dapat tivi ja abis semua bengang, confirm tak tukar channel lain. Tapi time tu pelik gak, takde pulak kakak/adik aku rebut2 ngan aku. Macam redha jer kalau aku dah tertonggok depan tivi. Paling kuat pun ngadu kat mak. Aku pun lupa macam mana reaksi aku kalau ada orang kalih cerita lain. Pukul kot? Hahahaa. Kira dengan amannya lah  aku dapat tengok cerita Cina dari pukul 5 sampai 6. Cerita bersiri. Antara yang aku ingat cerita The Go...

ASK 2010 - Alien Dah Turun Ke Bumi.

Image
Assalamualaikum. Aku selalu bagitau kat budak opis aku aku mencik tengok program Bintang Kecil  ke Idola Kecil ke hapa tah namanya. Memangla budak2 tu comel sebab pandai nyanyi tapi aku tak suka budak yang over. Ye la, suara belum pecah tapi beria nak nyanyi bagus2 siap falsetto vibrato ngan gaya2 mimik muka sekali. Tu belum ngan terjoget2 dengan baju pandai seksi2. Kalau adik aku dah lama aku sekeh. Ko tu patut duduk kat rumah tengok Chibi Maruku Chan ke, atromen brothers ke. Just enjoy your childhood time, dik. Mak apak dia la punca segala2nya. Tak kira aku nak salahkan mak apak dia gak. Haa, puas hati aku. Ni baru kemarahan permulaan. Ni Anugerah Skrin lagi satu aku nak marah. Aku tengok cerita tu kat tivi sekerat ja time Saheizy Sam menang pastu tiba2 cerita Muallaf menang. Aku tak paham kenapa Sharifah Amani nak bagi ucapan dramatik sangat. Nak nangis tak nangis, senang cakap jangan over boleh? Pastu yang tak faham jugak, dari dulu kalau anugerah drama atau filem menan...

Every Song Has Its Own Melody..

Image
Assalamualaikum! Introducing an adorable and funniest persons in my family.. (betoi ke dak ni grammar nih, police tatabahasa , sila semak. Lariii!) Mohamad Syafiq Aiman Tahun depan darjah 1. Ini abang kepada yang dibawah2 semua. Cita-cita doktor sebab nak ubatkan ibu dia. Bijak, cepat belajar. Diam, suka buat hal sendiri. Kaki tivi. Tapi ada sikit kepala angin. Kalau adik dia buat dia sakit hati, dia akan kejar sampai dapat, nak revenge. Siap cakap, adik buat Apit, Apit buat la dia balik. Amboih, timbal balas punya sistem. Ni ikut perangai sapa  ni? Perangai mak dia kot..hahahaa. Lariiikk! Mohamad Haziq Muazeem. Cita-cita polis dan doktor. Tak boleh pilih, mesti nak jadi dua-dua. Ini, kalau merajuk, sapa yang buat ja yang kena pujuk. Orang lain pujuk tak nak. Mengada. Dia punya pelat tahap melampau memandangkan umurnya dah 5 tahun. Berikut contoh perbualan dan terjemahan. Haziq : Apit, nah amik ni butu. Maksud : Apit, nah amik ni buku. Haziq : Butannnn..butannnn!! ...

Masih Hidup, Masih Ada.

Assalamualaikum. Aku, Masih hidup, masih ada, Ada di sini. Bukan di sisi kamu, Bukan di tepi tingkap, Bukan di bawah katil, (time ni lagu background bunyi burung hantu uu uuuuuuuu') Tidak kah kamu, Nampak aku dengan jelas? Jawab sendiri, jangan berbicara dengan aku. Aku mungkin jauh. Atau kamu yang semakin menjauh? Tapi aku perlukan kamu. Biarpun aku tahu, Kamu tidak ada di depan aku. Tahu kah kamu? Mengapa sisihkan aku? ps * i call your name outloud. But do you hear me? ps *  bukan semua orang kejam.

Dapur Terbakar #3

Image
Assalamualaikum. Menu hari ini ala barat la konon tapi di modified dengan sentuhan kampung oleh aku. Apa kabo orang kampung? Heheh. Memperkenalkan....... Tadaaaa!!! Kentang puterrrrr dengan gravy baba black hot chili pepperrr Apaaa? Nampak tak sedappp? Tak sedap, sudah! Jangan mintak, boleh blah. Haha.

Ada Apa Dengan Anon?

Image
Assalamualaikum. Dulu masa mula2 buat blog aku tak in sangat dunia blogging. Tak paham pun bahawa dengan blogging boleh buat duit dan boleh buat kawan. Tu belum term2 dalam blogging macam traffic jam, anony mouse, annoying, follower, leader, MLM dan apa2 je lah. Mungkin sebab blog aku ni ala2 suram jer macam tak bayar bil letrik maka aku tak ada masalah sangat dengan anon2 nih. Berapa sangat la anon yang kemaruk blog aku? Hampir takde. Haha. Nasib baik aku tak kisah. Sebab aku ni pemalu orangnya, pegi blog orang, baca, senyum, gelak, angguk kepala, sumpah sikit, pastu blah macam tu aja. Silent reader katanya. Nak kata yang aku ni memang hobi membaca, comment pada entry pun aku baca walaupun aku tak drop comment kat situ. Ni baru ciri pembaca sejati. Tapi aku tak faham kenapa blogger jaki bila yang drop comment tu anon? Ikut kajian aku (macam uncleseekers plak nak kaji2) kalau comment anon tu neutral takde hal, tapi kalau anon tu kutuk atau bagi nasihat, mula blogger me...

Dapur Orang Lain Yang Terbakar #1

Image
Assalamualaikum. Ini slot baru. Selalu dapur aku yang terbakar. Eh. Silap. Dapur aku jarang2 terbakar sebenarnya. Saja ja aku eksyen. Haha. Hari ni satu hari aku mengikut my sis, in-law dan emak jalan2 sempena hari Sabtu? Ek? Apa2 ja lah. Kami gerak dari Putra Heights pukul 9 pagi. Tak ada rancangan yang terperinci pun. Tetiba in-law cakap apa kata makan tauhu bakar. Destinasi pertama ialah Semenyih. Rare kan? Semata2 nak makan tauhu bakar. Macam mana nak pergi sana, jangan tanya ratu sesat seperti aku. Land mark dia kedai tu depan sekolah cina. Kot? Iya kot. Dekat sana kami orang makan tauhu bakar dengan cucur udang. Ada jugak nasi ayam. Tapi seperti yang aku nyatakan tadi, kami makan tauhu bakar dengan cucur udang. Nasi ayam tu power ke tak jangan tanya aku. Aku tak tauhu. Eh, tahu. Katanya, tauhu ni terkenal sebab tokey dia buat sendiri. Memang lembut dan sedaplah pada aku. Sambal dia pun sedap. Lepas makan terus emak nak buat tauhu sendiri. Terima kasih google. Ini g...

Hari Aku Dengan Semut.

Image
Assalamualaikum! Aku berdiri di situ. Microphone berdiri di depan. Microphone yang berbalut sponge hitam. Tahu? Kalau tak berbalut, isinya besi, solid. Tapi kalau berbalut, nampak macam pemukul gendang, bulat. Aku ada persepsi buruk pada mic itu. Seolah2 ia akan mensabotaj aku seperti mana aku selalu disabotaj tanpa sedar. Aku tolak butang on. Bergema. Dan aku pun bersuara.. Bla bla bla.. . . . . . IKHLAS TU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM YANG GELAP. Ikhlas itu hak Allah. Siapalah kita hendak menentukan ikhlas atau tidaknya seseorang? Wallahualam. Hari itu berlalu sangat perlahan. Ayat semut diperkatakan. Ada yang sangka aku bermadah. Tidak, kawan. Aku bukan bermadah. Itu adalah sepotong hadis. Indah bukan? Mungkin aku dibayangi dengan personaliti ranggi maka agak sukar mempercayai aku mengingati sepotong hadis..(dua potong mungkin agak sukar) Ada yang sangka aku menangis. Tidak. Aku tidak menangis. Manakan beremosi untuk meraih simpati? Nada false...

Dapur Terbakar #2

Image
Assalamualaikum! Dua tiga hari lepas aku berjaya bersenam dengan jayanya sempena friendly match. Aku main pukul bulu tangkis. Awek Lin Dan lah katakan.ohok ohok. Biasanya, bila kita rasa kita dah kurus sikit maka kita tak bimbang jika kita gemuk sedikit. Eheh? Mempersembahkannnnnn... Lempeng Ala Kipas Tangan Dengan Sambal Sardin Bila Makan Tak Rasa Nak Lempang. *ps - Yang mana anak2 dara tu bawak2lah belajar buat lempeng. Mudah,Cepat dan Jimat Kos..Huahuahuaaa!!

SMS Paling Tahi Di Abad Ini..

Image
Assalamualaikum! Hari ini hari Ahad. Indah. Bangun pun lambat. Dengar bunyi burung berkicau. Bukan berkicau tapi memaki kot sebab diorang dah makan berekor2 cacing aku masak sarapan pun belum. Aku meraba2 bawah bantal mencari hanfon. Jumpa. Ada lambang sampul surat. Bermakna SMS masuk. Ada tak hanfon selain gambar sampul surat? Gambar peti surat, mungkin. Oh, melalut. Hati aku dah berbunga riang. Mungkinkah SMS dari si dia yang ditunggu2 setelah sekian lamanya keypad hanfonnya rosak (katanya) dan hanya boleh menaip huruf 'K' sahaja? 'U dah makan?' jawabnya 'K'. 'Kerja ke tak hari ni? jawapannya 'K' 'Boringla macam ni' jawapnya 'K' 'Eii, tensionlaaa..nak terjun bangunanlah macam ni..' teka apa jawabnya? Yess!! 'K' Hahahaaa!! Ehhh, melalut lagi. Sambung balik, cari hanfon dan terima SMS. Aku pun tekan butang 'Open'. Begini katanya : From : +6285298318204 'Tolong bagi cedit 30RM ke nom baru ayah 0128011...

Hitler Marah Pasal Kes Remaja Comolot

Image
Kredit to fitrihadi.com 

Terkenang Masa Dulu2..Terjun, Nak Lemas, Nasib Tak Mati..

Image
Assalamualaikum! Aku pernah nak lemas, bukan dah lemas, dan bukan kat laut tapi kat pool. Aku sebenarnya boleh berenang, tapi kat tempat yang aku boleh berdiri ja (ego taknak cakap kat tempat cetek). Kalau aku gapai2 kaki aku tak jejak simen pool atau tanah mula la aku menggelipit macam ada air berpusar kat bawah macam nak sedut aku padahal takder pun. Tapi aku rasa sebab utama aku penakut berenang kat tempat dalam ialah kerana aku tak pandai terapung. Budak lelaki selalu kata  aku sepatutnya boleh terapung sendiri sebab ada pelampung semulajadi depan dan belakang. Tapi itu mitos. 1999, Pool USM, Pulau Pinang. PTI : Haa, kau boleh berenang kan? AKU : Sikit2, PTI! Tak boleh tempat dalam ni PTI...(muka sedih) PTI : Habes ko ingat laut tu cetek? Dah, mai sini, masuk grup 'kayu' dengan kawan2 kau ni. Dalam kiraan 20, PTI nak semua sekali berenang ke sana. Kalau PTI sampai dulu, siap korang! Korang starjump semua sekali dalam air sampai mamfus. Faham? SEMUA : PTI! PTI ...

Dapur Terbakar #1

Image
Assalamualaikum! Seperti yang dijanjikan. Bahan masakan ditaja oleh Ceceng dan apaknya. Tq tuan penaja. Daya usaha oleh aku. Hahahaa!! Tahniah. Anda selangkah ke kemontelan. cendawan chitake (kot?) broccoli dan carrot plus oyster sos masak aku kah atau kau kah yang berdusta? (giler tragik nama masakan) ikan talapia dengan sambal cili masak aku adakah sinar buatku di hari muka? Haa..percaya tak? Takyah lah resepi, bukan sedap sangat pun. Kirim jer la ikan, kang aku post balik. Hehehh.

Cerita Pukul 12 Malam. Jaga Jaga....

Image
Assalamualaikum! Seram tak tajuk? Tak ada kaitan pun. Ingat senang ke nak tulis tajuk. Tau takpe. Tadi siang blogwalking. Yang sebenarnya aku paling suka pegi blog2 tunjuk makanan. Pastu baik hati siap ajar macam mana nak masak mcmtu. Bagus ah! Jadi aku pun terancam. Maka dengan pengalaman bertahun2 memanaskan kuali, menghidupkan suis cerek elektrik dengan mata tertutup dan menyukat air dalam periuk nasi menggunakan kaedah panjang jari serta dorongan dari teman sepermakanan  makanya, pada bila2 masa yang aku suka (ayat mengongkong) aku akan letakkan gambar2 hasil air tangan dan air hidung aku (jijik weh.) kat sini. Setuju tak? Tak setuju maknanya dengki. Huahuahua. Aku dah pikir dah, tajuk entri tu haruslah bersiri kan sebab nak buktikan yang dapur aku ni sentiasa berasap aku kerjakan. Tapi takder idea plak apa tajuk besar dia. Something like 'Air Tangan Ke-1..' atau 'Terpotong Jari No.1..'. Ah, susahlah. Siapa ada idea, boleh derma. Deng...

Perginya Seorang Yang Amanah.

Image
Assalamualaikum. Al- Fatihah. MAKKAH: Penjaga kunci Baitullah, Sheikh Abdul- aziz Al-Sheibi, 82, meninggal dunia lewat kelmarin. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Maalla selepas disembahyangkan di Masjidil Haram. Keluarga Al-Sheibi menjadi penjaga kunci Kaabah sejak zaman jahiliah lagi. Ia diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak. Faktor usia menjadi asas utama dalam mewarisi tugas itu. Semua pemerintah Islam menghormati keluarga Sheikh Abdulaziz sebagai penjaga Kaabah dan kunci rumah Allah itu. Keluarga Al-Sheibi mempunyai pertalian darah dengan Sheiba bin Othman Abitalha yang hidup ketika zaman Nabi Muhammad (SAW) Mereka memegang jawatan berkenaan sejak zaman Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Rasulullah (SAW). Sheikh Abdulaziz pula memegang jawatan itu sejak 16 tahun lalu. Terdapat 370 orang dalam keluarga Al-Sheibi ketika ini dan kebanyakan mereka tinggal di Makkah. Baitullah dicuci dua kali setahun iaitu pada per...

Hey! Mulut Siapa Yang Busuk?

Image
Assalamualaikum! Kalau kita dijemput ke majlis orang, tak kira lah majlis cukur jambul ke, akad nikah ke, berkhatan ke, pecah tanah ke, dan kambus tanah ke, mesti ada si mulut busuk. Ni contoh : 1) Makan kenduri ' Isy, masin la lauk ni. Ha, yang ni okayla, Yang tu pedas sikit' - Helloo..makan la apa yang ada seadanya.. itu rezeki kita pada hari tu, jadi bersyukurlah pada Allah..lagi pun kehadiran kita dijemput untuk memeriahkan majlis dan sampaikan hajat tuan rumah nak bersedekah makan, bukan untuk jadi pengadil masakan cam 'hell kitchen'..dah tu cantek jer komplen sambil jilat2 jari..nak lagi up, komplen depan tuan rumah..jikalau anda kategori begitu, anda patut makan bawah meja... 2) Tengok penunang (?) atau pengantin 'E'eh, nko pakai bedak apa ni, cam tepung gomak jer. Apsal ko tak buat sanggul unta heh, tu trend sekarang, nok. Kaler baju ko ni saper pilih, kalau letak labuci lagi naik nkoo..Eh, apasal ko pakai bulu mata palsu ni, macam mata unta kooo.. - Hel...

Polis Fesyen.

Image
Assalamualaikum. Giler stylo headline. Kalu Rizalman yang kuar statement macam ni baru la ranggi. Ni aku yang pakai suar jeans kena lompat2 sebab tak boleh zip ni nak komen pasal fesyen? O em ji. Tak kira. Nak jugek cakap yang jersi baru skuad kebangsaan ni tak centeeeek! See? Terjejas muka Aidil Zafuan. Sejak krisis dengan Rita ni asek miscall aku je. Haishh!

Ucapan Terima Kasih. Okes?

Image
Assalamualaikum. Kadang-kadang kita terlupa nak ucap terima kasih. Jadi bila teringat, kita fikir dah terlambat nak ucap dah, jadi kita biarkan aja. Ini ucapan terima kasih kepada : 1) Allah - Alhamdulillah Ya Allah.. 2) Mak - terima kasih mak lahirkan kita.. 3) U all - yang sudi membaca dan mengikuti blog ini. (sambil kembang2kan hidung) Ahah! Terharu kot.. Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

I Want To Be A Billionaire

Tips Tips Membenci Sesuatu Yang Kita Sukai Dengan Mudah.

Image
Assalamualaikum. Hari ni aku dan rakan kongsi pergi ke Gombak menziarah seorang lagi rakan kongsi yang melahirkan protege baru dalam keluarganya. Protege gegirl. Lama tak berjumpa jadi pukul 9 malam baru bergerak balik ke Shah Alam. On the way balik kami berkira2 nak makan yang hebat2 sikit(hebat standard rakan kongsi bukan standard artis), maklumlah gaji bulan 11 masuk 10hb nanti, jadi perlu habiskan gaji bulan 10 yang tinggal beberapa hari je lagi. Ada nak makan kat Big Plate, Padang Jawa, Pizza, Burger King dan Mcdonald. Akhirnya semua setuju makan kat 'Abe'. Memang restoran tu namanya Abe. Sebab tomyam dia power, ikan masak stim dia power, kailan ikan masin dia power, telur dadar dia power, semua powerlah. Kira port lah. Lepas setengah jam tunggu, udang goreng tepung sampai. Tapi lebih cenderung kepada cekodok udang gaya dia. Lepas tu ikan stim sampai. Lepas tu signature dish dia iaitu Tomyam Abe sampai. Tengok dari rupa, warna dan kepul2 asap aku tanya pada budak hantar ma...

Yeayy! Dah Gemuk.

Image
Assalamualaikum. D.I.E.T ni cuma mainan di bibir saja. Agaknya kalau aku duk sekejap kat oversea baru boleh kurus kot? (Kaitan?) Hahahaa!! ps* Selagi jumpa makanan ruji versi tempatan, perut kenyang pun mesti nak jamah.. *ps - Iklan pakai seluar pastu lompat2 sebab susah nak zip tu based on true story la..ingatkan rekaan jer..hehehh! Lake of Killarney, Ireland Ben Navis, Scotland Australia New Zealand Hometown, Tanjong Karang

Senarai Semak Buat Usahawan Pemasaran Bertingkat

Image
Assalamulaikum. Siang tadi mendengar keluhan sahabat yang kecewa. Jadi dengan ini saya mengusulkan beberapa cadangan kepada usahawan yang saya nyatakan di atas. Peraturan #1 Konsep menyenaraikan prospek adalah relevan. Akan tetapi jangan bukak laptop dan ajak kawan anda untuk brainwash prospek yang anda tak pernah jumpa sejak 13 tahun lalu iaitu kawan sekolah anda masa tingkatan 2 dengan rakusnya. Dia akan berasa sedih.. Peraturan #2 Sama dengan peraturan no.1 Peraturan #3 Sama dengan peraturan no.2 Begitulah yang berikutnya. ps* kawan, bila member tu tak berminat nak dengar pasal MLM, biarkan la dia. Tak payah nak claim dia tak maju, tak nak ubah masa depan dan pelbagai tuduhan lain. Member tu cuma tak nak buat loan yang puluh2 ribu lu suruh tu..lagipun bulan2 dia yg bayar, bukan lu kan? kan? Lagi pun dia bajet jumpa lu time tu nak ungkit nostalgia lu terkencing dalam seluar sebab main kejar2..Lu kejam kan? ps2* ni bukan cerita gua. Orang lain makan cili tapi kenapa gua rasa pedas? Ha...

Syair Hujung Tahun

Image
Tersebutlah kisah Gadis ayu dan manja Tidaklah dia terlalu cantik Cuma comel sahaja orangnya ia Jika dikata gemuk, menangislah dia..(tenenet nenet nenet nenet nenet nenet 5x) Biarlah itu Katalah saja Kerana dia Tebal telinganya..(bunyi seruling) Esok sudah 10 haribulan 10 Sheikh Muzaphar sudah nak kawin Hancur luluh gundah gulana Eh, tiada kena mengena pula..(tenenet nenet nenet nenet nenet nenet 5x) Kerja sekolah oh kerja sekolah Semua berjumlah 17 banyaknya Semua pakat kena antar kat lecturer Pada sebelum 10 haribulan 10.. (tenenet nenet bunyi versi kaset rosak) Nak buat kerja sekolah masa pejabat Adalah mustahil melakukannya Lagipun tak baik makan gaji buta Kerja yang adapun belambak atas meja..ewahh!! Siapalah suruh Engko mengada Engko itu, ialah saya..

Hantu, Mana Hantu, Mana Mana, Ada Hantu..

Malas nak cerita. Kang ada yang tak tido malam. Siang2 pun ada hantu, tau? * Allah sahajalah yang perlu kita takuti. * Nak gamba ke?

Hal Hal Perasaan Lagi

Image
Bila kekasih lama muncul kembali. Haishh! * Jangan buat hal. Ya, kamu. (melihat diri sendiri pada cermin)

Macam2 Jadi masa Bulan Puasa, Sekarang Dah Raya Lagi Macam2..

Image
Assalamualaikum! 1. Asalnya kes Sosilawati hilang lagi berapa hari nak raya, akhirnya terungkai juga dengan berita pembunuhan kesemua yang hilang. (Takziah dan Al-Fatihah buat semuanya. Menculik, memukul, membakar dan menabur abu mayat orang ke dalam sungai bagaikan semudah ABC bagi manusia yang berhati binatang. Binatang mungkin lebih mulia? Iya.). 2. Janji sebulan lepas seorang sahabat secara lancar sahaja dimungkirinya 2 hari sebelum hari raya..sempoi pula mengucapkan 'maaf zahir dan batin'. Lihat, memaafkan kesalahan seseorang memang mudah, meskipun aku bukan pendendam tapi siapa boleh melupakannya sepantas memakan rendang? 3. Puak fanatik Indon tak habis nak GERAM dan GANYANG Malaysia. Main taik pulak. Orang Malaysia, jangan main taik. Kotor. Busuk tau dak. Aku babap kang. 4. Namewee? Katy Lim Li Lian menghina Allah? Racist? Aku sedang mencarut. *ps- Jika bangsa lain hina Islam, semua orang Melayu melompat dan claim racist tapi apa yang kita buat bila anak Melayu Islam se...

Bulan.

Image
Assalamualaikum. Tengok atas. Tengok langit. Tengok bulan. Bulan penuh. Cahaya Terang. Terang alam. Bila tengok bulan, jangan kedip mata. Tengok lama-lama. Sakit mata. Silau.. Bila tengok bulan, ingat haribulan? 15 haribulan, bulan hijrah. Ingat haribulan. Ingat tarikh itu. Ingat tarikh itu, teringat pada dia. Teringat wajah dia, teringat senyum dia, teringat air mata dia. Terbayang kesakitan dia. Tercium bau dia. Terdengar suara dia. Semua tentang dia. Ingat tak dia dah tak ada? Dia pergi menemui Penciptanya pada 17 haribulan hijrah. Ya, 17 haribulan Ramadhan. Setahun yang lalu. Rasa-rasa itu tetap ada. Sampai bila-bila. Kerana dia telah pergi dengan membawa bersama separuh dari diri ini. Al-fatihah buat Allahyarham Ayahanda yang tercinta. Anak ini amat merinduimu.

Fadhilat Bersahur : Pesanan Untuk Orang Bujang. Dan Juga Yang Bukan.

Image
Assalamualaikum! Rasullah SAW bersabda, "Perbezaan antara puasa kita(Islam) dengan ahli kitab(Yahudi Dan Nasrani) terletak di atas makanan yang kita makan ketika bersahur, mereka tidak bersahur". ** Santapan ini dimasak pada jam 0136H waktu Malaysia. Ini resepi Fungus Dan Barang Stimbot Masak Asam Ala TomYam Pesen Malas Lagipun Gas Nak Abis Malahan Dalam Peti Ais Pada Masa Kejadian Itu Saja Yang Ada. ** Ini bukan bersahur, ini supper..hehehhh. (Lempang diri sendiri)

Sembahyang Terawih dan Kawin Muda : Ada Kaitan

Assalamualaikum. Di Selangor, kabarnya surau2 imamkan sembahyang terawih 8 rakaat sahaja. 4 rakaat, tazkirah dan sambung balik 4 rakaat. (Kecuali masjid) Ada sesetengah kata : Baguih! Memahami sungguh pemerintah ni. Pemerintah dolu, kojam bongek. Terawih 20 abes kul 10 lebih, esok nak kojer lagi.. Hmmphh..20 rakaat tu tak sesuai zaman nih, dulu Nabi pun buat 8 jer.. Eleh! Berkira ya nak buat ibadat! Yang aku nampak, impaknya sama juga. Masih juga orang merungut. Tazkirahnya panjang maka sama waktu balik dengan orang yang buat 20 rakaat di masjid. Kan baik dianjurkan saja 20 rakaat di semua masjid dan surau. Kenapa nak pupuskan amalan yang baik? 8 ke 20 ke, terpulang pada individu. Mana tahu, sampai rakaat yang ke 8 Allah bagi kekuatan terus sambung 20..ni kalau dah dari awal berkira dengan Allah, macam mana. Lagi pun, benda yang baik, dibuat banyak, Insyaallah hitungannya banyak. Kan? Kan? Kan? Ni satu lagi yang pasal kerajaan Melaka nak bagi kebenaran kawin bawah 18 tahun (lelaki) dan...

Masih Ingat Murtabak Telur Ayam Di Basuh?

Assalamualaikum! Hahahaa!! (Mode hepi) Ini hari kedua puasa, insyaallah. Semalam berbuka di kelas dengan Liza, Farid dan lain2 yang tabah datang lecture. Beraavvooo!! Semalam makan murtabak, beli dekat stadium dengan Puan Roha sebelum datang kelas. Rupanya dah ada jenis baru punya iaitu murtabak besar gabak harga 5 ringgit sekeping. tapi dia tak kata pulak telo ayamnya dibasuh atau pun tak. *ps1 - Terima kasih Allah di atas rezeki ini. *ps2 - Selamat Mempertingkatkan Amal

Bercinta Semula Dengan Ex-Boyfren? Dengan Syarat : Jangan Jatuh Di Tempat Yang Sama.

Assalamualaikum! Biarlah tajuk tu. Mak kata : Ajal Maut Jodoh Pertemuan Di Tangan Allah. Tak payah mak aku bagitahu pun korang memang dah tau kan.. La ni tak dok dah lagu jiwa jiwa. *ps - apa blow blow?

Berapa Penduduk Dunia? Aku Pun Tak Tahu..Tapi Bukankah Setiap Masalah Ada Tahap Tinggi Dan Rendah?

Image
Assalamualaikum! Bertemu lagi. Adalah tidak adil menyalahkan waktu dan mengatakan 24 jam sehari itu tidak mencukupi untuk berbuat pelbagai perkara sekiranya kau pilih untuk tidur 8 jam sehari hanya semata2 hendak kurangkan eye bag dan tak mahu nampak tua. Oh! Itu seakan2 aku. Baiklah. Masalah 1 - Ayesh anak buah aku tidak tahu mengaplikasi kata2 selaras dengan body language. Mulut kata nak, tapi kepala geleng-geleng. Parah. Ayesh, Mak Cik akan cuba menunaikan apa yang Ayesh mahu kan biarpun Mak Cik keliru. Ayesh minta gunakan hati saja. Jangan susah2 ok. Masalah 2 - Kawan baik aku jatuh cinta dengan seorang lelaki baik tetapi lelaki tersebut kehilangan satu gigi di bahagian belakang, atas. (tolonglah bayangkan. Aku merayu.) Bila tersenyum lebar, nampak sangat lopong satu gigi. Itu yang mengganggu fikirannya. Buat kawan aku rasa tak selesa dan membayangkan kemungkinan2 yang akan muncul di masa hadapan bagi mereka dengan kondisi gigi jejaka idamannya itu. Masalah bagi dia. Kawan aku para...